detik demi detik

Khamis, 5 Jun 2014

Cari Jalan atau cari alasan

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan,
Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.

Usaha menaip menggunakan broadband siput sedut ini pun bagai mencari seribu alasan untuk tak berkongsi rasa dan cerita, tapi usaha dan usaha berjaya juga menaip entry menggunakan broadband siput sedut di rumah. Harapkan menaip di pejabat, kerja sahaja tak selesai habis, kerja kita tak pernah habis untuk terus menjana sumber ekonomi company dan khususnya individu itu sendiri yakni diri kita.

Bercerita mengenai bidang kerja, pelbagai kerja cuba kita aplikasi hingga kita tiada masa untuk bergelak tawa, menanggung beban kerja yang besar bukanlah satu tugas mudah, kadangkala terfikir, biarlah tugas setimpal dengan kerja, kadangkala saya mencari alasan juga kerana tak mampu memikul tugas berat kerja sehari-hari, tapi bila fikir semula 'apa yang kita kejar dalam hidup'.

Nak bicara soal coklat cadbury yang sedang dibaikot, kadangkala terfikir juga mengapa kita perlu sangsi dengan sijil halal Jakim sedangkan itulah sijil yang membuatkan umat Islam tiada prangsangka. Jakim bukan institusi main-main, memengang nama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu nama besar, bagi yang was-was eloklah menitiberatkannya, bagi yang tak sangsi teruskan menikmati coklat cadbury anda. Kalau saya, ada sijil halal Jakim maka saya komited untuk mendekati produk makanan halal, tapi jika sijil halal palsu memang layaklah pembuat,pengilang,penipu itu dihapuskira.

Saya sedang giat berusaha ganti puasa yang sudah, alhamdullilah hampir ke angka sifar, semakin dekat puasa, semakin girang hati ini juga. Tapi persiapan raya macam biasa, ala kadar dan sekadar yang mampu. di fikiran saya banyak fikir soal kerja, soal kewangan dan soal jodoh. Juga isu yang membelanggu hidup yakni kerja, keluarga,cerai, stress, cinta, dengki mahupun sifat sabar diri.

Saya sentiasa berdoa semoga Allah swt menanugerahkan sifat sabar pada diri, sifat jujur pada diri, sifat amanah pada diri dan sifat-sifat yang baik, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa yakin dengan Islam. Jauhkan saya dari sifat hasad dengki, cemburu yang tak kena, takut yang tak menentu, sombong yang entah kenapa, bongkak dan megah, menghina orang lain, meninggi suara tak kena tempat mahupun apa jua sifat buruk dalam diri yang saya sedari mahupun tak saya sedar.

Saya mengaudit diri saya sendirian, melihat jatuh bangun diri dalam hidup.

Tiada ulasan:

salji turun