detik demi detik
Selasa, 22 Oktober 2013
Cadangan Bajet 2014
Bajet 2014 akan di umum pada 25 oktober 2013, jika boleh kita sebagai rakyat Malaysia memberi cadangan bagi pihak diri sendiri, inilah pendapat yang bersifat peribadi pada skop yang lebih kecil dari jiwa belia negara. Isi cadangan bajet 2014 yang mungkin tak ada dalam belanjawan 2014, kalau ada ia adalah kebetulan yang menyeronokkan:
1. Penurunan harga kereta secara drastik bagi keluaran buatan Malaysia baik perodua mahupun proton dengan syarat hadkan pembelian kereta hanya sebuah kereta buat seorang individu hingga habis bayaran bank baru boleh beli kereta kedua dan seterusnya. Harga kereta yang rendah akan membantu golongan muda dalam keperluan harian ke tempat kerja.
2. Harga rumah/hartanah pada kadar mampu milik buat warganegara dan hadkan pembelian sebuah rumah untuk seorang penama hingga tamat bayaran loan bank. Maka lebih warga muda mampu memiliki rumah setiap seorang tanpa ada kuasa monopoli orang senang atau tindas orang susah. Beri peluang yang sama rata.
3. Hadkan kouta belian hartanah warga asing dari Singapura, Indonesia mahupun negara mana-mana, buat apa bagi orang asing tanah kita.
4. Ptptn dimansuhkan atau dijadikan skim biasiswa dana percuma dimana orang awam boleh menghulurkan sumbangan wang ringgit untuk dana pendidikan negara, syarikat kaya raya pun boleh turut menyumbang dan boleh juga mengambil peruntukan dari wang zakat dan cukai pendapatan.
5. Kurangkan makanan/produk import dari luar negara yang tak berfaedah dan tingkatkan eksport barangan/produk negara ke luar negara untuk menghasilkan pendapatan negara kasar (kdnk) yang lebih besar.
6. Naikkan harga makanan segera/fast food bagi menghalang obesiti dalam kalangan anak muda dan kanak-kanak. Jika tidak negara akan menanggung kos tinggi dari segi perubatan kerana menghasilkan rakyat yang berpenyakit kerana makanan segera. Kerajaan juga menyokong cara hidup sihat yang betul dengan menaikkan harga makanan yang tak berfaedah.
7. Luaskan kempen membeli barangan buatan Malaysia dan peruntukkan belanjawan untuk menghasilkan barang serta produk Malaysia untuk lebih berkualiti.
8. Tingkatkan gaji minimum dan pantau gaji rakyat Malaysia bagi setiap aspek.
9. Peruntukan belanjawan buat Jakim mengenalpasti setiap produk/barangan/perkhidmatan/makanan halal dengan tidak halal diasingkan secara sistematik dan tersusun untuk kepentingan Malaysia sebagai negara Islam.
10. Kerajaan prlu memberikan satu peruntukan hantaran khas bagi pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga untuk semua kaum dan bangsa di Malaysia bagi mengalakkan perkahwinan yang sah buat pasangan pertama kali berkahwin. Peruntukan wang hantaran khas ini boleh mengatasi sedikit beban pasangan dan keluarga dalam mengalakkan perkahwinan yang sah, mengurangkan gejala sosial orang muda dan memantapkan institusi perkahwinan di Malaysia. Rakyat didahulukan. Cadangan bajet 2014 adalah bersifat bancian kepada rakyat memberikan pendapat. Anda juga boleh memberi pendapat dari segi perspektif and sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan