detik demi detik

Sabtu, 23 Februari 2019

Lima tahun yang ditinggalkan

2014 to 2019
Pergi mana
Apa jadi
Lupa sesuatu




5 tahun berlalu
Suka duka hidup
Ujian kebahagiaan
Setiap kerdipan mata dan hembusan nafas
Moga sentiasa dalam perlindungan Allah SWT

Khamis, 28 Ogos 2014

TJ family group wasap


  1. Alhamdulillah saya tiba-tiba tergerak hati nak create group wasap adik beradik sendiri, akhirnya jadi seronok bila kami bertukar-tukar gambar dan bertanya satu sama lain. So great idea, semoga ukhwah kami adik beradik semakin erat dan kuat. 

Mulanya saya dengar seorang kawan kata dia ada group wasap adik beradik. So mudah untuk mereka adik beradik sembang sakan semua tahu. Best kan jadi bila kakak saya yang misi tu baru pakai wasap dua tiga hari lepas so bolehla saya create sebab dah cukup forum 5 beradik. Banggalah abah i nanti.
Isu adik beradik selalunya pasal family kami,anak buah,topik semasa adik beradik. So tq wasap sebab mengeratkan kami adik beradik. Rebutlah peluang yang baik baik dalam keperluan teknologi yang canggih. Da

Sekarang memang mudah dalam teknologi, semua nampak mudah dan cepat. Tadi saya boleh send gambar dalam wasap terus ke email saya kemudian print sahaja. Hanya dalam 2 3 minit sahaja.
yaya da beutiful girl baby comel

Selasa, 3 Jun 2014

Hiya Hatun

Cantiknya anak dara  ni, comelnya.
Hiya Hatun, anak buah saya yang kelima setelah empat lelaki di atasnya.

Hiya Hatun,
Semoga kamu  membesar sebagai anak gadis yang solehah, cerdas dan menyenangkan. Jadilah penyeri hidup keluarga kami yang besar dengan keletahmu wahai anak. Doa sentiasa mengiringi hari-harimu dan kamu akan sentiasa menjadi buah hati kami.


Khamis, 24 Oktober 2013

Rainbow Kek Resepi

Bahan A
1 ½ cawan tepung gandum (saya guna tepung kek)
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovalette
5 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
15 gram atau 80ml mentega cair
80 ml susu segar
Cara-cara:
1-      Campurkan semua bahan A da pukul pada kelajuan tinggi sehingga kembang atau ringan. Lebih kurang 5 minit untuk jadi fluffy.
2-      Perlahankan kelajuan, kemudian masukkan susu segar. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit.
3-      Masukkan mentega cair, gaulkan dengan menggunakan senduk sampai sebati.
4-      Bahagikan adunan kepada 7 bahagian. Setiap satu bahagian lebih kurang secawan adunan.
5-      Masukkan pewarna pada setiap mangkuk.
6-      Bakar selama 12 minit, suhu 160c-170c.

Selasa, 22 Oktober 2013

Cadangan Bajet 2014




 Bajet 2014 akan di umum pada 25 oktober 2013, jika boleh kita sebagai rakyat Malaysia memberi cadangan bagi pihak diri sendiri, inilah pendapat yang bersifat peribadi pada skop yang lebih kecil dari jiwa belia negara. Isi cadangan bajet 2014 yang mungkin tak ada dalam belanjawan 2014, kalau ada ia adalah kebetulan yang menyeronokkan:


 1. Penurunan harga kereta secara drastik bagi keluaran buatan Malaysia baik perodua mahupun proton dengan syarat hadkan pembelian kereta hanya sebuah kereta buat seorang individu hingga habis bayaran bank baru boleh beli kereta kedua dan seterusnya. Harga kereta yang rendah akan membantu golongan muda dalam keperluan harian ke tempat kerja.

 2. Harga rumah/hartanah pada kadar mampu milik buat warganegara dan hadkan pembelian sebuah rumah untuk seorang penama hingga tamat bayaran loan bank. Maka lebih warga muda mampu memiliki rumah setiap seorang tanpa ada kuasa monopoli orang senang atau tindas orang susah. Beri peluang yang sama rata.

 3. Hadkan kouta belian hartanah warga asing dari Singapura, Indonesia mahupun negara mana-mana, buat apa bagi orang asing tanah kita.

 4. Ptptn dimansuhkan atau dijadikan skim biasiswa dana percuma dimana orang awam boleh menghulurkan sumbangan wang ringgit untuk dana pendidikan negara, syarikat kaya raya pun boleh turut menyumbang dan boleh juga mengambil peruntukan dari wang zakat dan cukai pendapatan.

 5. Kurangkan makanan/produk import dari luar negara yang tak berfaedah dan tingkatkan eksport barangan/produk negara ke luar negara untuk menghasilkan pendapatan negara kasar (kdnk) yang lebih besar.

 6. Naikkan harga makanan segera/fast food bagi menghalang obesiti dalam kalangan anak muda dan kanak-kanak. Jika tidak negara akan menanggung kos tinggi dari segi perubatan kerana menghasilkan rakyat yang berpenyakit kerana makanan segera. Kerajaan juga menyokong cara hidup sihat yang betul dengan menaikkan harga makanan yang tak berfaedah.

 7. Luaskan kempen membeli barangan buatan Malaysia dan peruntukkan belanjawan untuk menghasilkan barang serta produk Malaysia untuk lebih berkualiti.

 8. Tingkatkan gaji minimum dan pantau gaji rakyat Malaysia bagi setiap aspek.

 9. Peruntukan belanjawan buat Jakim mengenalpasti setiap produk/barangan/perkhidmatan/makanan halal dengan tidak halal diasingkan secara sistematik dan tersusun untuk kepentingan Malaysia sebagai negara Islam.

 10. Kerajaan prlu memberikan satu peruntukan hantaran khas bagi pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga untuk semua kaum dan bangsa di Malaysia bagi mengalakkan perkahwinan yang sah buat pasangan pertama kali berkahwin. Peruntukan wang hantaran khas ini boleh mengatasi sedikit beban pasangan dan keluarga dalam mengalakkan perkahwinan yang sah, mengurangkan gejala sosial orang muda dan memantapkan institusi perkahwinan di Malaysia. Rakyat didahulukan. Cadangan bajet 2014 adalah bersifat bancian kepada rakyat memberikan pendapat. Anda juga boleh memberi pendapat dari segi perspektif and sendiri.

Rabu, 24 Oktober 2012

Menu minggu ini

Hari ini 24 oktober 2012 Pagi Karipap 3 biji RM1 habis................... Tengahari Nasi lauk sambal sotong dan ayam goreng RM3.50 Air sirap limau RM1................... Malam Kari ikan dengan nasi masak sendiri.................. Semalam 23 oktober 2012 Pagi Makan roti coklat.................. Tengahari Nasi lauk ayam goreng dengan sayur RM4.00 Air sirap limau RM1 Buah kedondong dah potong RM1...... Malam Nasi lemak biasa 1 RM1.20 Nasi lemak lauk kerang 1 RM3.50 Kek dua potong................ Isnin 22 oktober 2012 Pagi Sarapan roti coklat................ Tengahari Nasi lauk paru sambal dan sayur RM3.50.............. Malam Zinger Double down combo RM10.55............ Ahad 21 oktober 2012 Tak sedar diri makan 2 tart telur, saru roti ibti kari ayam dan Ayam Percik Ayamas half (separuh)............... Sabtu 20 oktober 2012 Tengahari makan nasi goreng ayam food court Giant Malam tak makan.....................

salji turun