dalam sakit kepala...cik zura terjumpa kata-kata yang menyakinkan...betul mata pena itu lebih tajam dari mata pedang....sekadar renungan...
Wahai SUAMI... . renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah Tidaklah setaqwa Aisyah Tidaklah setabah Fatimah
Justeru, Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah.. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya Isteri adalah murid, kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya...
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana Justeru Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah Cuma Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH... . Amin... .
Wahai ISTERI pula... renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w. Tidaklah setaqwa Ibrahim Tidak setabah Ayyub Tidak segagah Musa Apalagi setampan Yusuf
Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana Memilik suami yang tak segagah mana.. Justeru Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH Amin...
Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
SUAMI dan ISTERI ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w. Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah... .
2 ulasan:
salam dik...
thanks so much linkkan blog akak...
Akak suka entry nih....
sama2 kak...
Catat Ulasan