detik demi detik

Isnin, 22 Jun 2009

selamat pengantin baru dan selamat bergelar ibu

pegawai imigresen klia..siswazah menganggur n hr assistant
gambar ni ditangkap di suk shah alam waktu menghantar adik aku amin ke pejabat akak aku yong..time ni nak pegi jom heboh kat stadium shah alam tahun 2006 rasanya..


setiap orang ada rakan seperjuangannya..inikan pula rakan yang meniti usia remaja bersama dan bersekolah bersama-sama di sekolah menengah (p) Raja Zarina, Port Klang..


perkenalan sewaktu tingkatan 4 pada tahun 2000 begitu berharga dalam hidup aku bila ikatan itu masih kukuh dan utuh hingga kini..mudah saja kami berkenalan,duduk sebelah menyebelah berkenalan dengan afzan dan dari afzanlah aku berkenalan dengan hasilawati member baik afzan..hingga jadi geng akrab..dan mereka berdua adalah rakan yang akhir yang mengenali arwah mak sebelum meninggal..walaupun berpisah ketika habis spm pabila kami sama2 masuk form 6 tapi asila ke uitm melaka mengambil diploma pengurusan perniagaan n kemudian menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda perniagaan antarabangsa, afzan pula ke kolej ptpl mengambil diploma pengurusan perniagaan..aku pulak meneruskan form 6 hingga meneruskan ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan di kolej yayasan melaka.. yang penting kami bertiga mengambil jurusan "Pengurusan Perniagaan"..


bukan kami saja saling kenal tapi seluruh ahli keluarga..masa berlalu kini afzan bergelar seorang ibu kepada Insyirah Hannah pada 11.6.2009 yang lalu dan asila pula selamat dinikahkan bersama pilihan hati pada 13.6.2009..

semoga persahabatan kita kekal ke akhir hayat

Tiada ulasan:

salji turun