detik demi detik

Sabtu, 16 Ogos 2008

uitm benteng terakhir melayu bumiputera

uitm dihatiku... sebagai seorang yang berfikiran matang, cadangan MB Selangor itu kita perlu terima sebagai satu pandangan.. setiap orang ada cara mereka sendiri menguraikan cadangan tersebut..bagi pihak aku, biarla uitm kekal sebagai institusi pendidikan kerajaan sepenuhnya bumiputera..bukanlah menolak cadangan yang dibangkitkan tetapi sebagai majoriti kaum dimalaysia dan pemilik asal tanah air ini kita punyai hak untuk mempertahankannya..sejarah membuktikan kaum india dan cina adalah kaum migrasi yang datang ke tanah melayu..kaum migrasi india tiba sebagai pekerja diestet2,manakala kaum migrasi cina sebagai pekerja sektor perlombongan dan semakin lama berada ditanah melayu kita sepakat merdeka menubuhkan kerajaan Malaysia sebagai kaum majmuk..dan hak kedaulatan melayu telah termaktub..

aku sendiri hairan mengapa hak kedaulatan melayu dipertikaikan,kalo nanti hak ini terabai dan berlaku perubahan kuasa ke tangan kaum lain,fikirla sendiri dimana masyarakat melayu kita akan tinggal..tiada negara bernama melayu kecuali negara kita tapi negara india dan cina adakan..ini bukanlah menidakkan kaum india dan cina tetapi untuk memelihara kaum melayu juga dan demi masa depan kita.

sebagai pandangan, aku sendiri ingin menyatakan sedikit pendapat,walaupun umurku baru meningkat ke usia 24 tahun dan bukanlah salah seorang yang pernah menjadi warga uitm.. aku sayangkan bangsaku, agamaku dan negaraku..janganlah jadi seperti matrikulasi yang dulu sepenuhnya untuk anak-anak melayu telah diberi koutanya untuk kemasukan kaum lain sebanyak 10%, didiklah akan kita berfikir dahulu sebelum bertindak..cuba fikir sejenak,selain uitm ada tak institusi kerajaan yang lain yang dikuasai sepenuhnya anak-anak2 melayu bumiputera..lu fikirla sendiri..

Tiada ulasan:

salji turun